NOTIS PRIVASI

Notis privasi ini dikeluarkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) yang telah mula berkuatkuasa pada 15 November 2013.

  1. DEFINISI

    Untuk tujuan Notis ini,

    (a) “Data Peribadi” bermaksud segala maklumat berkaitan dengan transaksi komersial yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seorang individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu, atau daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan kami dan penyataan pendapat tentang seorang individu.

    (b) “Pemprosesan” bermaksud mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan data atau menjalankan apa-apa pengendalian atau set pengendalian terhadap data itu termasuk (i) penyusunan, penyesuaian atau pengubahan data; (ii) mendapatkan kembali, merujuk kepada atau menggunakan data; (iii) penzahiran data melalui penghantaran, pemindahan, penyebaran atau selainnya menjadikannya tersedia; dan (iv) penjajaran, penggabungan, pembetulan, pemadaman atau pemusnahan data.


  2. PENGUMPULAN DATA PERIBADI


    2.1 “Data Peribadi” anda bermaksud maklumat mengenai butir-butir peribadi anda (seperti nama, umur, jantina, nombor kad pengenalan atau nombor passport, tarikh lahir), butir-butir penghubungan (seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat emel), maklumat keluarga (seperti status perkahwinan, nama pasangan atau anak atau keluarga terdekat), butir-butir pekerjaan (seperti nama majikan, jawatan, tanggungjawab, maklumat penghubungan majikan), maklumat dan nombor pendaftaran cukai, maklumat perbankan dan apa-apa maklumat lain di mana kami boleh mengenal pasti anda. Kami mungkin dari semasa ke semasa meminta maklumat peribadi lain yang tertentu yang mungkin relevan kepada kami bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 4 di bawah.

    2.2 Dengan membeli produk kami atau melantik kami untuk membekalkan perkhidmatan atau dengan membekalkan kepada kami Data Peribadi anda dalam berurusan dengan kami, anda dianggap telah membaca dan bersetuju dengan Pemprosesan Data Peribadi anda yang kami lakukan bagi tujuan dan dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini dan selaras dengan APDP.

  3. SUMBER DATA PERIBADI ANDA

    3.1       Kami mungkin mendapatkan Data Peribadi anda dari pelbagai sumber termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

    (a)       anda membuat pembelian produk kami dan/atau melanggan perkhidmatan kami;  

    (b)       apa-apa surat-menyurat atau dokumen atau perjanjian yang anda tandatangani, atau menyimpan dengan kami;

    (c)       anda membekalkan kad nama perniagaan kepada kami atau kepada kakitangan atau pekerja kami;

    (d)       rujukan daripada pihak ketiga termasuk sekutu dan rakan perniagaan kami samada di dalam atau di luar Malaysia;

    (e)       penyerahan Data Peribadi anda melalui laman web kami, di mana maklumat tersebut akan dikutip atau dikumpul menerusi penggunaan “cookies”, “log files” dan “clear gifs (web beacons)”. Untuk maklumat lanjut sila baca “Web Site Viewing Information” yang terkandung dalam “WD-40 Company Privacy Policy” di laman syarikat induk kami di Amerika Syarikat;  

    (f)        penyerahan Data Peribadi anda menerusi faks kami, laman-laman media social, atau cara-cara komunikasi lain (samada secara elektronik atau sebaliknya);

    (g)       penyerahan permohonan anda untuk pekerjaan atau kerja sambil belajar; atau

    (h)       apa-apa bahan yang anda telah edarkan secara sukarela.

    3.2      Kami mungkin juga mengesahkan atau memperolehi Data Peribadi anda daripada sumber-sumber pihak ketiga (samada awam atau persendirian) seperti agensi pelaporan kredit, Suruhanjaya Syarikat dan Jabatan Insolvensi. 

  4. TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA

    Pemprosesan Data Peribadi anda adalah untuk tujuan-tujuan berikut, termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

    (a)       pembekalan produk dan/atau perkhidmatan kami;

    (b)       berkomunikasi dengan anda;

    (c)       untuk tujuan pentadbiran dalaman, seperti pengauditan, analisis data dan rekod-rekod pengkalan data;

    (d)       untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan statutori di bawah undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, surat pekeliling atau kod amalan yang terpakai;

    (e)       untuk membekalkan laporan kemaskini, surat berita, rencana, penulisan, bahan promosi, hak-hak istimewa, ucapan perayaan dan apa-apa bahan dan maklumat lain;

    (f)        untuk memproses pendaftaran anda untuk menyertai atau menghadiri sesuatu acara atau aktiviti dan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai kehadiran anda dalam acara atau aktiviti tersebut;

    (g)       untuk memasarkan perkhidmatan atau produk kami dan/atau perkhidmatan atau produk syarikat-syarikat terpilih (samada kami diberi ganjaran atau tidak bagi tujuan tersebut) termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
    (i)        insurans/takaful, kad kredit dan perkhidmatan dan produk berkaitan;
    (ii)       program-program ganjaran, kesetiaan atau keistimewaan dan perkhidmatan dan produk berkaitan;
    (iii)      perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh rakan-rakan penjenamaan bersama (nama rakan-rakan penjenamaan bersama tersebut akan dibekalkan semasa permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan atau produk berkaitan, di mana yang berkenaan);

    (h)     bagi kajian pasaran dan analisis perangkaan dan kaji sedlidik dengan tujuan memperbaiki produk dan perkhidmatan kami;

    (i)        bagi tujuan menguatkuasakan hak-hak kami di bawah undang-undang dan/atau mendapatkan nasihat undang-undang; dan/atau

    (j)        apa-apa tujuan lain yang bersampingan dengan atau pelanjutan tujuan-tujuan di atas.  


  5. PENZAHIRAN KEPADA PIHAK-PIHAK KETIGA

    Kami mungkin memproses dan menzahirkan Data Peribadi anda kepada kategori pihak ketiga seperti berikut :

    (a)       syarikat induk kami dan anak-anak syarikatnya dan/atau syarikat bersekutu;

    (b)       pihak berkuasa kerajaan dan pengawalan;

    (c)       mana-mana penasihat professional termasuk juruaudit, akauntan dan membekal perkhidmatan professional luaran yang dilantik bagi tujuan perniagaan kami;

    (d)       pihak-pihak ketiga yang kami lantik sebagai pembekal perkhidmatan dan produk termasuk pembekal perkhidmatan teknologi maklumat, pembekal perkhidmatan memasukkan data dan pembekal kemudahan penyimpanan;

    (e)       syarikat dan broker insurans, bank dan institusi kewangan;

    (f)        sekutu dan rakan perniagaan kami;

    (g)       pihak-pihak yang bertransaksi dengan anda dan/atau penasihat mereka; dan

    (h)       agen-agen penghantaran seperti agen perkhidmatan pengiriman cepat dan posman.


  6. AKIBAT SEKIRANYA GAGAL MEMBEKALKAN DATA PERIBADI

    Pembekalan Data Peribadi anda kepada kami adalah wajib apabila ianya diperlukan oleh kami untuk membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kami, atau apabila ianya merupakan kewajipan undang-undang untuk membekalkannya. Sekiranya anda tidak membekalkan Data Peribadi anda atau menarik balik persetujuan, setelah ianya diberikan, untuk kami melakukan Pemprosesan Data Peribadi anda, maka kami mungkin tidak boleh membekalkan kepada anda produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau mematuhi keperluan undang-undang.


  7. KESELAMATAN DATA PERIBADI  

    7.1       Kami telah melaksanakan langkah-langkah organisasi dan teknikal yang munasabah bagi tujuan keselamatan Data Peribadi anda dari kehilangan secara tidak sengaja, dan dari akses, penggunaan, pengubahan atau penzahiran tanpa kebenaran.

    7.2       Kami mengamalkan standard industri yang diterima umum untuk melindungi data peribadi yang diserahkan kepada kami oleh pelanggan, iaitu semasa penghantaran dan juga setelah kami menerimanya. Namun, tiada kaedah penghantaran melalui internet, atau kaedah penyimpanan elektronik adalah 100% selamat. Oleh itu, meskipun kami berusaha untuk menggunakan kaedah-kaedah yang diterima umum secara komersial untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak boleh memberi jaminan keselamatan mutlak.


  8. STANDARD PENYIMPANAN

    Semua Data Peribadi yang kami perolehi tidak akan disimpan lebih lama daripada keperluan. Kami akan memastikan bahawa segala Data Peribadi anda akan dimusnahkan dan/atau dipadamkan secara kekal selepas tempoh tertentu.


  9. PEMINDAHAN DATA PERIBADI KE LUAR MALAYSIA

    Data Peribadi anda mungkin dipindahkan ke suatu jurisdiksi di luar Malaysia apabila kami berpendapat ianya perlu atau sesuai dalam melaksanakan mana-mana tujuan yang dinyatakan di perenggan 4 di atas kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam perenggan 5 di atas. Anda bersetuju dan membenarkan pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia seperti dijelaskan di sini serta dengan undang-undang juridiksi di mana Data Peribadi anda telah dipindahkan itu. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa undang-undang juridiksi lain akan berbeza dengan APDP dari segi penzahiran dan perlindungan Data Peribadi.


  10. HAK-HAK ANDA 

    (a)       Anda boleh pada bila-bila masa meminta untuk mengakses Data Peribadi anda dan mendapatkan suatu salinannya dengan mengirim permohonan bertulis kepada kami dan pada kadarbayaran yang akan kami tetapkan.

    (b)       Sekiranya anda berpendapat bahawa Data Peribadi anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda juga boleh membuat permintaan bertulis untuk membetulkannya. 

    (c)       Sekiranya anda tidak ingin menerima surat berita, laporan kemaskini, bahan-bahan pemasaran dan sebagainya dari kami, atau menginginkan supaya kami menghentikan Pemprosesan Data Peribadi anda dengan cara tertentu, anda berhak membuat permintaan bertulis untuk menghadkan Pemprosesan Data Peribadi anda.

    (d)      Kami akan berusaha setahap munasabah untuk memenuhi permintaan anda. Namun kami mungkin menolak permintaan anda dalam hal keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang.

    (e)       Sekiranya anda ingin membuat permintaan untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda atau sekiranya anda ingin membuat pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda, sila hubungi:

    WD-40 Company (Malaysia) Sdn Bhd
    Tel: (603) 5632 8246
    Faks: (603) 5632 8254
    Emel: asiasupport@wd40.com

    Sila sertakan nama penuh, alamat dan nombor kad pengenalan dalam permohonan bertulis, yang boleh digunakan untuk mengenalpasti identiti anda, serta maklumat lain yang mungkin kami kehendaki dalam format tertentu.


  11. PERUBAHAN KEPADA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

    Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan memaparkan Notis terkini pada laman web kami. Dengan terus menggunakan laman web kami, berurusan dengan kami atau dengan terus membeli produk kami atau melanggan perkhidmatan kami selepas pengubahsuaian, kemaskini atau pindaan Notis ini, adalah dianggap bahawa anda mempersetujui dengan pengubahsuaian, kemaskini atau pindaan tersebut, kecuali anda secara khusus menyatakan sebaliknya kepada kami secara bertulis.


  12. ANGGAPAN NOTIS KEPADA PERNIAGAAN PERKONGSIAN ATAU PERTUBUHAN YANG TIDAK DIPERBADANKAN

    Sekiranya anda merupakan sebuah perniagaan perkongsian (yang tidak didaftar di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012) atau lain-lain pertubuhan atau kumpulan yang tidak diperbadankan, maka Notis ini hendaklah dianggap sebagai diterima oleh setiap rakan kongsi perniagaan atau setiap pemegang jawatan pertubuhan yang tidak diperbadankan itu (yang mana berkenaan) yang mana data mereka telah diperolehi dan/atau diproses oleh kami bagi tujuan seperti yang dinyatakan di perenggan 4 di atas. Dalam hal ini, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan semua individu-individu tersebut untuk membekalkan data mereka kepada kami untuk tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan di atas dan untuk dizahirkan kepada pihak-pihak yang dinyatakan di atas dan anda berjanji untuk menyampaikan sesalinan Notis ini kepada setiap individu berkenaan, di mana ungkapan itu hendaklah meliputi semua rakan kongsi dan pemegang jawatan yang sedia ada atau yang baharu (yang mana berkenaan) bagi pelanggan tersebut dari semasa ke semasa.


  13. PAUTAN KE LAMAN WEB PIHAK KETIGA

    Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap penggunaan dan/atau penzahiran Data Peribadi oleh pihak-pihak ketiga ini. Sekiranya anda memberikan Data Peribadi secara langsung kepada laman-laman tersebut, dasar privasi dan syarat perkhidmatan laman-laman tersebut akan terpakai dan kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan pemprosesan dan dasar privasi laman-laman tersebut.


  14. BAHASA

    Notis ini dikeluarkan dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Sekiranya terdapat percanggahan di antara kedua versi tersebut, versi bahasa Inggeris yang akan digunapakai.

© WD-40 COMPANY (MALAYSIA) SDN BHD. All Rights Reserved
Ooops!
Generic Popup